Kategori

Sunday, 24 July 2011

Sistem Komputer

Assalamualaikum,


Apa khabar pembaca blog semua? Sedang buat apa sekarang? Eh, sedang baca blog ni la kan? 

Kalau anda berkelapangan sekarang, Sis Fiza nak minta pembaca buat sesuatu boleh? Jangan risau, senang je kerja ni. Sis Fiza nak pembaca semua open My Computer. (klik Start - My Computer)

Kemudian klik local disk C. (Ops! jangan terus double click C tu. Buka melalui address bar atau right click C - open, atau buka melalui explorer) 

Dah buka ke? Ok, kalau dah, cuba perhatikan local disk C tu, selain folder biasa (ATI, Documents and Settings, Program Files & Windows), adafolder/file yang warna samar-samar tak (seperti gambar di bawah)?

Sila klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Sekiranya ada, anda perlu tahu bahawa folder / file yang sama-samar itubukanlah virus, tetapi sistem komputer anda. Jadi anda tidak perlu deletefile dan folder tersebut.

Sebagai langkah selamat,P-Jin cadangkan anda sembunyikan file dan folder tersebut. 

Apa? Sembunyikan? Sembunyi kat dalam CD ke / pendrive ke atau macam mana?

Ok, cara nak menyembunyikannya ada terangkan di bawah ini. Ikut step di bawah ini ye.

*Abaikan tulisan ini kalau di local disk anda tiada folder / file yang samar-samar.

Klik:
Tools - Folder Optios - View (pengguna Windows XP)
Organize - Folder and Search Options - View (pengguna Windows Vista & Windows 7)

Di bahagian Hidden Files & Folders, tick di 3 tempat:-
 - Do not show hidden files  and folders 
 - Hide extentions for known file types
 - Hide protected operating system files

Folder Options (klik gambar untuk melihat paparan dengan lebih jelas)

Selepas tekan OK, anda akan dapati paparan Local Disk C anda seperti gambar di bawah, tiada lagi file dan folder yang samar-samar tadi.

Selepas sembunyikan file & folder yang samar-samar tadi

Pembaca semua tahu tak kenapa Sis Fiza tulis entri ini? 

Begini, minggu ini sahaja P-Jin terima aduan 2 laptop yang mempunyai masalah tidak dapat masuk Windows walaupun melalui Safe Mode. Selepas on laptop, ada keluar tulisan 'System missing....' di skrin laptop. Perkara ini tiba-tiba terjadi sedangkan semasa 'shut down' sebelum ini laptop tiada sebarang masalah. 

P-Jin bertanya mereka, sebelum 'shut down' ada tak mereka buka local disk C dan delete file / folder yang samar-samar? (Mereka terdiam sejenak mengimbau kembali apa yang berlaku) Mereka mengiyakan pertanyaan Sis Fiza. Jadi inilah puncanya. Laptop tidak boleh masuk Windows sebab ada sistem yang dibuang, kesannya laptop tak dapat berfungsi seperti biasa.Solutionnya, kena install Windows semula.

Selain pelanggan yang mengalami situasi begini, apa yang penting nak diberitahu di sini ialah perkara sebegini pernah terjadi kepada saya endiri..hehe.. Yelah...Sis Fiza tak suka lihat file & folder yang 'bersepah' tu sebab ingatkan virus / file yang tak berguna. Jadi untuk 'membersihkan' local disk C tu Sis Fiza delete semuanya. Sekaaallllli..komputer langsung tak hidup lepas itu...hihi (akibat suka memandai-mandai... tetapi saya tak menyesal sebab boleh kongsikan pengalaman ini dengan pembaca semua.. =D )

P-Jin dulu tak tahu menahu pun pasal PC ni. Tapi, bila dah mula ada PC sendiri, tu yang mula berkecimpung dalam bab-bab ni. Maaflah kalau informasi tak berapa menarik. Ini cuma olahan pendapat sahaja.
Ok, semoga pembaca dapat ambil 'pengajaran' daripada entri kali ini. Wassalam.

No comments:

Post a Comment