Beberapa jam yang lalu aku ada post sedikit review berkaitan Facebook Chat Versi Baru. Facebook chat tu memang mejengkelkan para pengguna tegar Facebook.
Bila aku sudah hampir seharian meluangkan masa di Facebook, ada beberapa perkara yang P-Jin lihat menjadi keburukan kepada Facebook Chat Sidebar yang baru ni. Antaranya:
- Mengambil ruang pada sisi sebelah kanan facebook. Hal ini mengakibatkan pengguna sedikit terganggu untuk meluangkan masa di facebook kerana sidebar chat sentiasa terbuka (default).
- Sekiranya skrin komputer anda kecil, ia akan menggangu penampilan interface facebook dan menyukarkan anda untuk mula chat.
- Tidak semua rakan facebook anda dipaparkan pada sidebar chat tapi hanya rakan anda yang selalu anda berhubung saja. Untuk chat bersama kawan lain, anda terpaksa gunakan kotak carian.
- Video calling baru saja diperkenalkan, tapi dari apa yang aku lihat, sidebar chat ni tiada kena mengena pun dengan video calling. Kenapa perlu tukar dan menyusahkan?
Setuju atau tak setuju dengan pembaharuan facebook, perlu juga P-Jin hadapi sebab P-Jin pengguna tegar facebook. Lantak kau lah Mark mahu buat apa. Asalkanjangan delete profile P-Jin sudah. 

No comments:
Post a Comment